CIRCUS ... anyone??
Siapa yang waktu kecik tak pernah berangan nak tengok circus LIVE..?
Yg lahir tahun 2000 ke atas sila dok dendiam, ni pertanyaan untuk legend sahaja. Ahaks.
Dalam erti kata lain VETEREN.
Kan time raya slot zaman 80an..90an.. kureng drama2 berhingus-hingus kunun sedih di aidilfitri. Itulah pasal TV time tu suka naw masukkan slot circus ni. Time tu mana ada gadjet untuk isi masa lapang raya, dah tu kerjanya nengok circus je lah.
So ceritanye, kitorang ke Great Britsh Circus minggu lepas kat Tesco Kepong (kawasan parking).
krew circus belom punch card
Fun & New experience, sanggup beratur lama semata menunggu waktu masuk(sebenarnya nak rebut seat paling depan). Anyway, dalam banyak2 show, yang part final kitorang tertunggu-tunggu. Of course lah yang bawak motor dalam gelung yang sempit. Bukan 2 bijik motor tapi 4 biji dok sendat padat dalam gelung yang hanya sebesar lori 1 tan (aku agak-agak jer size tu)
Show dalam 2 jam, puas hatilah. Tapi part yang kureng tu, ada break in between dalam 20 mins dan mereka jual makanan & minuman ---> bapak mahal.
Verdict: boleh lah bawak anak2 enjoy tapi make sure derang da kenyang makan ya.
And next show mereka kat Setapak Village .. tu yang kat atas.
Ok bye!



No comments:
Post a Comment